Diary of Headline Animator

Sunday 27 March 2016

Proses Kejadian Hujan Menurut Al-Quran



PROSES KEJADIAN HUJAN

Hujan merupakan proses alam yang mendapat perhatian dari para ilmuan selama bertahun-tahun. Dalam proses penelitian para pengkaji, proses terbentuknya hujan begitu sulit dipecahkan kerana kurangnya teknologi pada ketika itu. Setelah satelit radar cuaca dicipta, barulah para pengkaji menemui proses pembentukan hujan.

Kajian sains menemukan kitaran hujan yang berasal dari laut atau secara spesifiknya wap-wap air laut yang tersejat ke langit akibat panas matahari lalu berlakulah kondensasi yang membentuk awan-awanan. Air di laut akan mengalami proses sejatan dan kondensasi secara berterusan. Kebanyakkan daripada air yang terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan kerana turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera. Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan.

Dalam Jurnal yang berjudul The Atmosphere (1975) kelompok ilmuan menuliskan bahwa terdapat tiga tahap dalam proses pembentukann hujan. Tiga tahap tersebut meliputi adanya bahan baku berupa awan yang terpisah-pisah, kemudian awan tersebut bergabung membentuk titik-titik air, dan curahan hujan pun terlihat.

Pada awal penemuan, para pengkaji menghipotisiskan bahawa angin dalam proses hujan hanyalah sebagai penggerak awan. Pada abad ke-20, dengan peralatan yang lebih modern seperti pesawat terbang, satelit, komputer, barulah ilmuan menemukan bahwa angin memiliki fungsi yang signifikan dalam proses terbentukanya hujan, iaitu menggabungkan wap air yang melayang di udara dengan partikel-partikel yang di bawanya dari laut dan akhirnya membantu  pembentukan awan hujan.


Temuan tentang proses hujan ini adalah sesuatu yang mengagumkan para pengkaji barat. Sedangkan proses terjadinya hujan tertulis jelas dalam Al-Qur'an sejak 1400 tahun dahulu, yakni dalam surah Ar-Ruum ayat 48.



Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira; (Surah Ar-Rum, Ayat 48)




Dalam Jurnal yang berjudul The Atmosphere (1975) menjelaskan bahawa angin dalam proses hujan hanyalah sebagai penggerak awan. Sedangkan dalam Al-Quran Surah Al-Hijr telah menjelaskan bahawa angin adalah pembawa air (awan).


Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
(Surah Al-Hijr, Ayat 22)

Allah juga menceritakan tentang angin yang menggerakan awan dalam surah Al-Faatir , ayat 9;

Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati). (Surah Al-Faatir , Ayat 9)




Proses Kejadian Hujan Menurut Al-Quran

Dalam Surah Ar-Rum, Ayat 48, terdapat 3 peringkat dalam proses kejadian hujan. Berikut adalah  huraian 3 peringkat yang diutarakan di dalam ayat ini secara lebih teknikal.

Peringkat pertama.
Firman Allah dalam Al-Quran;

Allah jualah yang menghantarkan angin,

Penjelasan secara saintifik;

Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.

Peringkat kedua.
Firman Allah dalam Al-Quran;

lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok;

Penjelasan secara saintifik;

Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02     m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.

Peringkat ketiga.
Firman Allah dalam Al-Quran;

...lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya

Penjelasan secara saintifik;

Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.



Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur’an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur’an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;


Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (Surah An-Nuur, Ayat 43) 


Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti berikut

1. Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.

2. Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar. 

3. Melonggok- apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam    lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.
  
Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.



VIDEO KEJADIAN HUJAN



KESIMPULAN

Al-Quran bukanlah seperti mana-mana kitab agama di dunia bahkan diyakini bahawa ia adalah wahyu dari Allah SWT yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Buktinya kitab suci ini adalah satu-satunya kitab suci yang sentiasa diperbahaskan perkara yang dikemukakannya serta ‘sabar’ menempuh ujian masa walaupun mungkin di peringkat awalnya dikecam dan dikritik kononnya apa yang dikemukakan olehnya itu bertentangan dengan penemuan semasa tetapi akhirnya selepas penelitian dan penyelidikan sains, kebenarannya diakui oleh semua pihak.




RUJUKAN
1. http://www.tayibah.com/eIslam/kejadianhujan.php
2. BUKU SAIN TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM
3. http://ilmugeografi.com/ilmu-bumi/iklim/proses-terjadinya-hujan
4.http://watercycle1213.blogspot.my/2012/05/selamat-datang-ke-laman-sains-tahun-5.html
5.http://ilmupengetahuan.org/terjadinya-hujan/

1 comment: